Wednesday, April 2, 2014

PUSTAKA KHADEEJA :)

Pustaka Khadeeja terletak di No 21 & 22, Taman Chengal, Jalan Impian 8, 28000 Temerloh, Pahang. Ia ditubuhkan pada awal Januari 2013 dan dimiliki oleh Saiful Anuar bin Yusuf, anak jati Temerloh, Pahang.
Pemilihan nama Pustaka Khadeeja membawa maksud iaitu Pustaka adalah diibaratkan sebagai gedung ilmu manakala nama Khadeeja diambil sempena nama puteri tunggal kesayangan saya. Di awal penubuhan, Pustaka Khadeeja diuruskan saya bersama isteri yang merangkap supervisor. Selepas 2 bulan beroperasi, Pustaka Khadeeja mengambil seorang pekerja diikuti dua orang lagi pada bulan 6 dan bulan 8. Kini, Pustaka Khadeeja mempunyai 5 orang staf yang sangat berdedikasi. 
Di Pustaka Khadeeja kami menjual pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku, novel, buku latihan, majalah, alatan, alat tulis dan pelbagai lagi. Kedai kami dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Ayuh, datangla ke kedai kami..Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda...(",)



No comments:

Post a Comment